THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 18 June 2011

Pengirim SMS Misteri???

Assalammualaikum w.b.t

Pernah menerima SMS daripada pengirim misteri???


Uihhh...nak story ni. Minggu lepas aku telah menerima SMS ntah dari siapa. Aku tak kenal langsung, orang admire kat aku tak!!! ahaha..prasan la pulak...orang tu saja bagi prasan kat aku kot...What ever...ehehe...


Tapi, serius dia kata nak berkenalan dan nak berkawan dengan aku. Meremang bulu tengkuk, seram sejuk juga dibuatnya. First time dalam hidup aku...fuhhh...


Aku tanya si pengirim SMS tersebut...dapat nombor handphone aku ni dari mana? dia jawab daripada kawan dia. Aku punya selidik  siapa pula kawan aku yang sudi melelong nombor phone aku ni dengan orang lain. Aku tahu la, yang aku ni tengah di alam frust menonggeng...khekhe...tapi tak jumpa juga.


Aku tertanya-tanya juga siapakah gerangan si pengirim SMS misteri ni?  handsome ke? tak ada rupa ke? jambu ke? selekeh ke? tak pun gangster..khakhakha..wajib tau maa..


Si Pengirim SMS misteri beritahu nama kawan dia yang memberikan nombor handphone aku kepadanya.  Aku tak pernah kenal dan dengar pun nama yang dia beritahu. Dah penat dah nak siasat...


Lastly, aku malas nak fikir lebih-lebih, aku layan je SMS si misteri ni. Itupun kalau dia ikhlas nak kawan dengan aku...

Tapi...sah, memang saja nak kenakan aku!!!


Ohh, dia saja nak permainkan aku ea....Ok, let's play the game!!!


--Pesanan--
  • Jangan dedahkan identiti sebenar sekiranya tidak yakin dengan seseorang.
  • Sentiasa berwaspada.
  • Bijak berkomunikasi.
  • Jangan cepat beri kepercayaan dengan orang lain...lagi-lagi yang baru kita kenal...INGAT!!!


0 comments: