THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 18 June 2011

Anda tidur lena?

Assalammualaikum w.b.t

Anda pernah mengalami  masalah :-
  • Kurang tidur? Banyak fikir sebelum tidur...
  • Mata lebam dan muka sembap? Alamak, muka tak bermaya...
  • Stress setiap bangun pagi? Terlajak tidur, lambat masuk office...khekhe
  • Mengigau?

Jangan tipu la, mesti korang pernah kan..ye la, mungkin disebabkan emosi kita ni mengalami gangguan luar...ikut perasaan sangat la tu..hihi

Tak bole jadi ni, binatang panda tu comel la dengan memiliki mata sebegitu...kita ni manusia,kalau pompuan? 
Arghh, tak comel...Tak patut, tak patut...

Lain la dengan baby ni..tidur dengan lenanya..

So, aku google la kat internet nak cari info untuk atasi masalah tak dapat tidur malam. Apabila diselidik dan diperhalusi, aku mendapati memang ada punca & penyebabnya dan yang paling dahsyat adalah effect disebabkan oleh masalah ini.

Apakah Punca?
  1. Asyik memikirkan masalah yang tiada penyelesaian.
  2. Soalan yang berlegar-legar dalam fikiran => Kerja...kerja...kerja & Duit...Duit...Duit & Cinta...cinta...cinta...tak leh tak fikir!
  3. Sress.
  4. Suasana tempat tidur yang tidak selesa.
  5. Korang berinternet sampai larut malam....ahaaa..aku pun sama
Ingin tahu jenis-jenis gangguan tidur yang biasa dihadapi oleh seseorang? 

Jadual yang mengaitkan antara femomena dan masalah tidur dengan sesuatu organ yang lemah ini telah diringkaskan oleh:

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
 Layari blog ini untuk keterangan lanjut:
Kesan Tidak Tidur Malam?
  1. Kelelahan dan keletihan yang mempengaruhi kesihatan.
  2. Tidak boleh berfikir dengan kritis dan lebih cenderung melakukan kesalahan serta mempunyai refleks lambat.
  3. Tertekan yang melampau.
  4. Mudah tersinggung lalu menyebabkan kehidupan sosial tidak menyenangkan

Cara Mengatasi?
Bagi yang beragam islam, ada baiknya mengamalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya:-
  1. Tidur awal dan mengambil wuduk
  2. Bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
  3. Membaca doa sebelum tidur
  4. Membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan, 
  5. Tidur atas lambung sebelah kanan
  6. Mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar. 

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles
http://rawatankesihatan.blogspot.com
http://www.kesihatanport.com

0 comments: