THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday 24 June 2011

Paras Rupa...Perlu ker???

Aku bingung dengan kehendak diri sendiri...

Paras rupa..perlu atau tidak? bagi aku perlu, asalkan sedap mata memandang...mata tidak bosan...uhuhu

Alangkah sukarnya memenuhi kehendak Manusia...phewww!!!

**Pesanan**
  • Paras rupa bukan ukuran untuk kebahagian
  • Ada rupa? bonus untuk anda..so, bersyukurlah kepada Allah S.W.T dengan kelebihan anda
  • Penting...rupa paras yang menawan tdak akan kekal...ingat!!!

Saturday 18 June 2011

Anda tidur lena?

Assalammualaikum w.b.t

Anda pernah mengalami  masalah :-
  • Kurang tidur? Banyak fikir sebelum tidur...
  • Mata lebam dan muka sembap? Alamak, muka tak bermaya...
  • Stress setiap bangun pagi? Terlajak tidur, lambat masuk office...khekhe
  • Mengigau?

Jangan tipu la, mesti korang pernah kan..ye la, mungkin disebabkan emosi kita ni mengalami gangguan luar...ikut perasaan sangat la tu..hihi

Tak bole jadi ni, binatang panda tu comel la dengan memiliki mata sebegitu...kita ni manusia,kalau pompuan? 
Arghh, tak comel...Tak patut, tak patut...

Lain la dengan baby ni..tidur dengan lenanya..

So, aku google la kat internet nak cari info untuk atasi masalah tak dapat tidur malam. Apabila diselidik dan diperhalusi, aku mendapati memang ada punca & penyebabnya dan yang paling dahsyat adalah effect disebabkan oleh masalah ini.

Apakah Punca?
  1. Asyik memikirkan masalah yang tiada penyelesaian.
  2. Soalan yang berlegar-legar dalam fikiran => Kerja...kerja...kerja & Duit...Duit...Duit & Cinta...cinta...cinta...tak leh tak fikir!
  3. Sress.
  4. Suasana tempat tidur yang tidak selesa.
  5. Korang berinternet sampai larut malam....ahaaa..aku pun sama
Ingin tahu jenis-jenis gangguan tidur yang biasa dihadapi oleh seseorang? 

Jadual yang mengaitkan antara femomena dan masalah tidur dengan sesuatu organ yang lemah ini telah diringkaskan oleh:

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
 Layari blog ini untuk keterangan lanjut:
Kesan Tidak Tidur Malam?
  1. Kelelahan dan keletihan yang mempengaruhi kesihatan.
  2. Tidak boleh berfikir dengan kritis dan lebih cenderung melakukan kesalahan serta mempunyai refleks lambat.
  3. Tertekan yang melampau.
  4. Mudah tersinggung lalu menyebabkan kehidupan sosial tidak menyenangkan

Cara Mengatasi?
Bagi yang beragam islam, ada baiknya mengamalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya:-
  1. Tidur awal dan mengambil wuduk
  2. Bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
  3. Membaca doa sebelum tidur
  4. Membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan, 
  5. Tidur atas lambung sebelah kanan
  6. Mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar. 

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles
http://rawatankesihatan.blogspot.com
http://www.kesihatanport.com

Pengirim SMS Misteri???

Assalammualaikum w.b.t

Pernah menerima SMS daripada pengirim misteri???


Uihhh...nak story ni. Minggu lepas aku telah menerima SMS ntah dari siapa. Aku tak kenal langsung, orang admire kat aku tak!!! ahaha..prasan la pulak...orang tu saja bagi prasan kat aku kot...What ever...ehehe...


Tapi, serius dia kata nak berkenalan dan nak berkawan dengan aku. Meremang bulu tengkuk, seram sejuk juga dibuatnya. First time dalam hidup aku...fuhhh...


Aku tanya si pengirim SMS tersebut...dapat nombor handphone aku ni dari mana? dia jawab daripada kawan dia. Aku punya selidik  siapa pula kawan aku yang sudi melelong nombor phone aku ni dengan orang lain. Aku tahu la, yang aku ni tengah di alam frust menonggeng...khekhe...tapi tak jumpa juga.


Aku tertanya-tanya juga siapakah gerangan si pengirim SMS misteri ni?  handsome ke? tak ada rupa ke? jambu ke? selekeh ke? tak pun gangster..khakhakha..wajib tau maa..


Si Pengirim SMS misteri beritahu nama kawan dia yang memberikan nombor handphone aku kepadanya.  Aku tak pernah kenal dan dengar pun nama yang dia beritahu. Dah penat dah nak siasat...


Lastly, aku malas nak fikir lebih-lebih, aku layan je SMS si misteri ni. Itupun kalau dia ikhlas nak kawan dengan aku...

Tapi...sah, memang saja nak kenakan aku!!!


Ohh, dia saja nak permainkan aku ea....Ok, let's play the game!!!


--Pesanan--
  • Jangan dedahkan identiti sebenar sekiranya tidak yakin dengan seseorang.
  • Sentiasa berwaspada.
  • Bijak berkomunikasi.
  • Jangan cepat beri kepercayaan dengan orang lain...lagi-lagi yang baru kita kenal...INGAT!!!


Aku RINDU dia sangat-sangat....

 Aku merinduinya...Ting Tong!!! Tengok bear tu...

Perghh...jiwang!!! Lantak la orang nak fikir apa. Memang pun kekadang aku ni jiwang, dah namanya wanita berjiwa halusssss...hehehe...nak mengomel kejap.

Saat ini, sumpah aku rindu dia sangat-sangat...dengar je lagu " Warmness on the soul" dan "Your guardian angel" ...lagu ni si dia pernah dedictae untuk aku ececee,hihi...confirm aku teringatkan dia.

Kekadang air mata mengalir juga, tapi tak la selebat macam titisan hujan. kena control cute juga laa..nyorok dalam selimut je, sambil tarik hingus...


Siapa dia?

Identiti si dia aku kena rahsiakan, tak kan semua nak beritahu...ahaha..Siapa lagi kalau bukan some person yang special dalam jiwa aku ni. Tapi, dalam jiwa dia???...aku pun tak tahu, hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui. Dia macam dah berubah semenjak sebulan lepas..uhukuhuk..so sad, sadis benar.. 

Kawan aku pernah bagi nasihat
" ko menyorok dan lari la di mana-mana sekalipun, kalau tuhan dah bagi jodoh ko dengan dia..Confirm, kahwin juga la jawabnya"

Amin...aku terima seadanya siapa jodoh aku. 

Pesanan:
  1. Detik ini, saat ini...kuatkan semangat. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk melakukan sesuatu.
  2. Ingat tuhan selalu, baik ketika senang mahupun susah.
  3. Yakin dengan diri dan keputusan yang anda lakukan.
Bebelan: daezan.blogspot.com


Friday 17 June 2011

Anda perlu MENINGGALKAN @ diTINGGALKAN?

Selepas terbaca dan terlihat video "Chinese bride faces off against groom’s gay lover?" kat yahoo, saya terus berfikir...pengantin perempuan tu perlu meninggalkan pengantin lelaki ataupun terpaksa ditinggalkan?

i rasa, tinggalkan je...cari orang lain yang lebih baik..hahaha

Siapa yang patut dipersalahkan?

  1. Pengantin lelaki yang berjiwa gay?

  2. Pengantin perempuan yang tidak selidik bakal suami?  

  3. Kekasih pengantin lelaki yang tiba-tiba muncul melarikan pengantin lelaki?
  4. Cinta? 

Dalam kes sebegini, pelbagai andaian yang boleh kita buat selaku pemerhati. 

Siapa Mangsa? 

Confirm la si pengantin perempuan. Pengantin lelaki sanggup merahsiakan hubungan gaynya sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, sehinggalah berlaku adegan melarikan pengantin lelaki di majlis perkahwinan tersebut. Uihhh...Sungguh tragis dan tamparan hebat bagi si pengantin perempuan.

 

Kepada Pengantin perempuan...still young maa, cari lelaki normal di luar sana. Memang sakit hati dibuat sedemikian rupa. Walaubagaimanapun hidup perlu diteruskan. Mungkin si pengantin lelaki ada reason tersendiri mengapa benda sedemikian rupa boleh berlaku di majlis penting tersebut.

 

--Pesanan--

  • Kenali pasangan anda sebaik-baiknya.

  • Sesetengah rahsia sulit perlu dikongsi dengan pasangan anda.

  • Bertindak bijak.

  • Waras dan Normal

Sumber: yahoo.com

Sunday 12 June 2011

BANGSA SUNGAI DI SABAH...Anda tahu?

Sewaktu keluar berjalan-jalan, saya telah terdengar sekumpulan belia telah membicarakan tentang suku kaum Orang Sungai.
..eh, cerita bagus..mari mencari info tentang Orang Sungai.
.
Hasilnya..ini adalah sedikit sebanyak mengenai Masyarakat Pribumi Orang Sungai di Sabah.
===================================================

Bangsa Sungai adalah antara suku kaum ataupun etnik yang terdapat di Negeri Sabah. Suku kaum ini banyak terdapat di Daerah Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tongod, Pitas, Membakut, Sugut dan Paitan. Etnik ini tergolong di dalam gugusan kaum Kadazan-Dusun disebabkan perkongsian adat resam dan bahasa yang hampir sama. 

Terdapat 30 suku kaum bangsa Sungai yang terdapat di seluruh Negeri Sabah. Antaranya adalah Idahan, Milian, Liwago, Begahak, Bengkoka, Bulud Upi, Dewara, Dumpas, Inokang, Kalabuan, Kuamut, Lingkabau, Makiang, Mangkaak, Minokok, Paitan, Pingas, Puawang, Rumanau, Segilitan, Sinobu, Sinorope, Subpan, Sugud, Sukang, Suyat, Tambangan, Tengara, Tinagas dan Tindakon.


Menurut temubual saya bersama masyarakat suku kaum Sungai, Istilah bangsa "Orang Sungai" ini telah diberikan oleh seorang penjajah British pada masa dahulu sebelum kemerdekaan dicapai. Penamaan "Orang Sungai" telah terdetik dibibir beliau setelah melihat ramai penduduk kampung yang tinggal di kawasan berhampiran Sungai Kinabatangan.


Orang Sungai juga memiliki adat resam tersendiri seperti suku kaum lain yang terdapat di  Negeri Sabah. Bagi Orang Sungai yang beragama islam, terdapat adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran islam telah ditinggalkan. Mereka telah mengasimilasi adat orang Melayu dan telah mengamalkannya sekian lama seperti adat perkahwinan, berkhatan, akikah dan sebagainya. Oleh itu tidak hairanlah pada masa kini, bahawa adat resam suku kaum ini tidak jauh bezanya dengan suku kaum Melayu di Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat juga adat-adat yang masih dikekalkan untuk dijadikan teladan dan pengajaran warisan anak bangsa pada masa akan datang.


Perkahwinan campur turut menggabungkan sekaligus mempengaruhi budaya dan adat kaum sungai. Dari segi paras rupa, etnik in mudah dikenali dengan bentuk mata yang kecil ataupun sepet serta hidung yang kurang mancung dan berkulit sedikit cerah persis keturunan cina. 


Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi ataupun majlis perkahwinan di Sabah. Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yang lain juga adalah amat baik dan tidak hairanlah masyarakat di sabah ini boleh hidup dibawah satu bumbung walaupun terdapat perbezaan agama dan bangsa.




Pakaian Tradisi Semasa Pertunjukan Tarian Saputangan


Pakaian Tradisi yang digunakan semasa persembahan Tarian Titika


Dari segi Agama, majotiti pribumi berbangsa sungai adalah beragama Islam. Sebahagian daripadanya adalah beragama Kistian dan Pagan (tiada Kepercayaan).


Dalam aspek kegiatan dan ekonomi, Orang Sungai memang dikenali sebagai pengeluar sarang burung sehingga ke luar negara (China) sejak dari pemerintahan British lagi. Sehingga kini, kegiatan ekonomi tersebut masih diteruskan terutamanya di bahagian Sukau, Kinabatangan yang mana terdapat Gua Gomantong dan Gua Madai yang telah menjadi pusat pengeluar sarang burung serta pusat pelancongan yang menarik.


Orang Sungai tidak lagi mundur dan tidak lagi ketinggalan zaman seperti masa dahulu. Selepas era 1980-an, ramai dikalangan anak-anak muda orang sungai telah melanjutkan pengajian tinggi didalam dan luar negara. Malah, terdapat daripada Orang Sungai yang telah menjadi  pemimpin dan wakil rakyat, memegang jawatan tertinggi di sektor awam mahupun swasta, menjadi usahawan berjaya serta menjadi pakar ilmuan.


Kemanisan suku kaum sungai boleh dirasai dengan mengenali hati budi mereka. Kekuatan dan  sifat bersatu padu dikalangan Orang Sungai telah mencetuskan idea kepada golongan belia untuk menubuhkan Persatuan Bangsa Sungai (SABAS). Tahniah dan Syabas kepada Orang Sungai!


    --Pesanan--
  • Kenalilah adat dan budaya suku kaum anda
  • Setiap maklumat yang diberikan adalah diolah berdasarkan carian info di media elektronik dan temubual bersama masyarakat setempat disekitar Daerah Kinabatangan. 
  • Penambahan dan pembaikan INFO akan sentiasa dikemaskini oleh daezan.blogspot.com

   --Sumber--
  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Sungai
  2. http:// myvoiceheart.blogspot.com
  3. http://danielsk.web44.net
  4. http://www.sabah.org.my
  5. Temubual bersama Orang Sungai, Kinabatanagan

Saturday 11 June 2011

TENGOK ORANG KAHWIN...

Hari ini saya merajinkan diri pergi ke majlis kenduri kahwin.."sedare"...sebelum ni liat benar..2 majlis kahwin dalam masa yang sama, tetapi berlainan tempat...wow,rekod terbaru daezan,syabas! ehe..

Majlis Pertama adalah pasangan Azmi dan Nizah. 
 
Masa ni ramai sangat orang ambil gambar. Saya yang kecil molek ni tidak dapat mengatasi Photographer's yang terror lagi profesional untuk tangkap gambar..dari yang kecik sampailah orang besa-besa..
nak menyalat bawah ketiak dorang pun tak dapat!!

TAPI, itu bukan alasan utama..kenapa saya tak dapat ambil  banyak gambar?
Kamera diorang branded..ada class punya! laa,hehe..kamera saya cap ayam je..malu la nak tunjuk..hohoho..So, dapat sekeping je..
 

Majlis kedua adalah pasangan Asran & Wajihah

Masa on the way pergi ruma pengantin, hujan turun dengan lebat tau..Basah? confirm la, tapi semangat yang berkobar-kobar untuk menghadiri majlis tersebut terlalu tinggi..mekap?cair laa..nak touch up camner lagi..ahaa..padan dengan muka aku!

OpSS...dah jadi bini dah pun..ehehe
 

Pasangan mempelai ini seorang daripada Melaka (bride) dan seorang asal sabah (bridegroom). Masa kita orang sampai kat ruma pengantin, tetamu yang lain dah balik dah..ahaha..yang bestnye mak pengantin lelaki suruh kita orang direct pergi dapur " ruang VIP" cari makanan..makan puas-puas la jawabnya..nak tapau?boleh ba kalau kau..


---Pesanan---
* Sediakan payung sebelum hujan...faham-faham kan
* Jaga adab sopan di tempat orang...dengar tu daezan!!!
* Hadiri Majlis Kahwin, Kenduri, Birthday dll dengan ikhlas.
* Hadiah..hadiah..jangan lupa..

Jangan ingat makan je..nawaitu kena betul awak!!!

Friday 10 June 2011

Keluhan yang patut dihentikan..

Boh san!!! Keluhan itulah yang selalu melemaskan tulang-tulang aku untuk buat kerja. Mengapa? emm err.. mengeluh lagi..be stronger daezan! ...orait..

Benginilah kehidupan daezan selepas sahaja memasuki alam pekerjaan di salah sebuah sektor awam. Alhamdulillah, aku mendapat offer letter selepas sahaja graduate dari UiTM. Tapi, arghhh..see, aku mengeluh lagi.. alamat pendek umurlah jawabnya, rezeki pun tak nak dekat...eh, jangan..astagfiruallahalazim..

Bukan apa, Nah...ini aku senaraikan masalah yang aku hadapi bila menjejaki kaki ke office setiap hari..haisss..

1.  Working environment tempat kerja aku sekarang ini bukanlah seperti yang aku idam-idamkan..no..no..no

2.  Semua kakitangan dibawah seliaan aku semuanya sudah senior-senior belaka..so, korang boleh judge macamana diorang buat kerja..cincai!! yang nak pencen, jangan cerita la..office tu macam kedai kopi je, macam chipsmore..Kejap ada, kejap tak de! haiyaa..how come?

3.  Diorang..tak semua ye..tidak dapat terima hakikat bahawa leader dorang still young & perempuan lagi!! haaa...guys, sekali lagi saya nak minta maaf..you all kena ikut rentak i..hihihi..sengih melebar..

4.  Ada juga yang tak banyak cakap, kerja smooth je..ada yang banyak komplen dan suggest itu ini..hasilnya hampeh!! monthly report ntah apa-apa, cincai!!!..pening-pening my head..fuhhh

5. Lastly, orang yang sekepala dengan aku...kira geng berusia muda..muda ker?hihi..tiada dalam office ni..so, bayangkan kalau nak beruha-uhaa..gosip girl..cuci mata?? jangan harap!

Aku dah banyak kali tegur dah, consider dengan dorang ni..tapi macam itu juga la..don't worry guys! penilaian prestasi anda, saya yang akan nilai..so, kalau mark rendah..i'am so sorry..

Walaubagaimanapun, this is a real life..bukan semua benda yang kita minta akan kita dapat..aku bersyukur memperoleh pekerjaan ini..aku baru berkhidmat selama setahun jagung, no wonder la kena situasi macam tu..Pengalaman seperti ini membuatkan aku lebih berdikari dan pandai bergaul dengan pelbagai jenis ragam & topeng manusia..


Berapa kali anda mengeluh dalam masa sehari? 


Keburukan Mengeluh:-

1. Dari segi islam, mengeluh kepada Allah dalam ertikata mengembalikan urusannya kepada Allah dengan menyandarkan dirinya kepada Allah maka ia tindakan terpuji. Sekiranya mengeluh kepada makhluk, ia akan menyebabkan hilangnya kesabaran diri yang mampu menyebabkan berlakunya perkara kemungkaran yang mendatangkan dosa.

Sumber: http://islamwiki.blogspot.com


2.  Kerap mengeluh BOSAN akan menyebabkan seseorang itu mempunyai antibodi yang lemah sekaligus boleh menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit. Bagaimana? Keluhan yang berterusan akan menyebabkan banyak sel-sel dorman (sel-sel hidup & berpotensi tetapi kurang aktif) dibahagian otak.

Sumber: http://Forum.malakat92.com

P/s ====> Hentikan keluhan anda yang tiada manfaatnya...


Thursday 9 June 2011

Terimbas memori

Pesal mata aku yg cantik ni..cantik ke? langsung tak boleh lelap..mata masih terang benderang, padahal sudah jauh malam sangat-sangat, takut!! jangan kira laa..Serius, tidak boleh tidur!!


Banyak benda berlegar-legar singgah dalam kotak fikiran ni. Emm, pasal kerja of course la, member-member yg tak contact..jimat kredit la tu..terimbas kenangan masa budak sekolah dulu-dulu..skema tau..sampailah menjejak kaki ke menara gading..bukan menara KLCC..tidak dilupa juga pasal kisah cintan aku..ecemen,pewitt..


Nak bagitau satu Malaysia..ada aku kisah?..esok aku cuti, siang tadi pun aku cuti juga..Reason!!! syhhhh nanti kantoi oleh big boss, second bos dia suka-suka apply cuti..sape tu?..Kan cuti tahunan aku masih berlambak lagi, suka hati la nak cuti. Lagipun before ni aku workholic tau..iyer?untung department i..haiss, selalu buat orang tension..
.

Tulis apa lagi yaa, blurrr..maybe setakat ini je kot..stok cerita hari lain pulak..yang penting ada catatan untuk malam yang sunyi sepi ini..nanti saya akan cari dan postkan tips untuk tidur yang selesa..hehe

zzzzzZZZZZzzzzz





Pembuka Tirai

 
Bismillahirahmannirrahim..inilah ayat yg paling sesuai digunakan bagi memulakan sesuatu benda yang baru (bg yg muslim)..starting yang bagus bagi aku yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog ni..lorr dah terlambat benar..hihi..

Izin Panduan!! perkataan aku ataupun daezan akan digunakan untuk pengganti nama diri.

Sebenarnya..daezan dah lama kepingin nak buat blog sendiri, tetapi baru sekarang hajat  itu termakbul..itupun kawan-kawan yang bukan main excited suruh buat..adushh!.."daripada u asyik baca blog orang, better u wat sendiri laa..LAZY GURL.."  berdesing telinga.."nasib u member seginjal aku, klo bukan..ada yang tertelan sandel 3 inchi..sabo je laa"..


Al kisahnya..bermulalah my new life dalam dunia blog ni pada 09.06.2011(Khamis)..tarikh yang sesuai sempena bulan birthday aku..Ops, Promote plak dah! angka yang tertera itu mempunyai maksud yang tersirat dan bermakna..nanti aku cerita satu persatu di sebalik peristiwa setiap angka tersebut tu ye..insyaallah..

Niat untuk create cerita si pari-pari ini hanyalah semata-mata berkongsi cerita dan jauh  menyimpang daripada ingin menjadi blogger popular dan high rinking di Malaysia. Serius!!

Kewujudan blog Cerita Si Pari-Pari ini diharap dapat menghilangkan keboringan yang aku alami semenjak habis study..ceh, dlu study hard  ke?..dan pritt!!!..semoga aku diterima dalam dunia blog ini..tapi tak nak la syok sendiri, nak juga share info, tips berguna, dairy @ coretan korang yang best giler-giler dan etc..ahaksss!!


Selamat menyelami dunia kecil si Pari-Pari!!!